Bagi mereka yang ingin pergi ke Pulau Langkawi. Di sini saya kongsikan pengalaman saya semasa bercuti disana.. Saya ke langkawi menaiki feri melalui jeti di kuala perlis.. belum pun menaiki feri. dah ada orang tawarkan kereta sewa di langkawi. Saya menolak dengan senyuman. Sampai saja di jeti langkawi begitu ramai yang menawarkan kereta untuk disewakan..
Tips mendapat kereta sewa dengan kadar murah?
Pergi terus ke kaunter sewa kereta di Jeti Langkawi. Alhamdulillah saya dapat kereta nissan sentra auto dengan harga RM60.00 sehari. murah bukan =)
Saya memilih hotel yang view cantik menghadap pantai iaitu Best Star Resort. Tempah melalui booking agoda. lagi murah dari walk in. Sangat cantik pemandangan dari dalam bilik. Dari dalam bilik dah boleh tengok matahari terbenam. Malam2 di pantai chenang sangat meriah. sesuai untuk pasangan suami isteri berjalan2 di waktu malam di tepi pantai menikmati keindahan alam.
Betul2 dihadapan bilik saya ada brother pantai yang offer untuk pergi ke pulau-pulau. Dengan kadar bayaran sebanyak RM 30.00 seorang, saya di bawa ke pulau2 menaiki bot untuk menikmati keindahan alam. Memang murah dengan brother ni. saya servey kat luar. Jangan terkejut ada pakej sama ditawarkan sehingga RM60.00 - RM90.00. Beza bukan.. sangat puas hati. bertolak jam 9.30 pagi sehingga 1.00 petang baru balik. mereka akan ambil anda di hotel anda tinggal. Anda dicadangkan memakai pakaian mandi dan bawa juga wang untuk beli makanan di sana. Ada tiga tempat yang akan dibawa untuk anda melawat. salah satunya kawasan helang. Impian saya untuk melihat sekumpulan helang tercapai akhirnya. rugi kalau datang langkawi x tengok sekumpulan helang beb..
Island Hopping
Dewasa : RM 30.00
dekat brother depan hotel Best Star Resort
kalau anda berminat melihat hidupan laut boleh pergi Underwater World yang terletak di pantai chenang. jalan kaki dari hotel dah bleh smpai. dekat jer.. tapi mahal sikit bayaran dia. RM 28.00 seorang. bagi staff gov dan student. jgn lupe bawa kad. dapat la discount ckit. RM 22.00 je kena cas.. sapa-sapa yang minat penguin. kat sini ada binatang yang anda inginkan. teringat crita Happy Feet.. penguin yang comel =)..
Underwater world
Dewasa : RM 28.00
Staff gov @ student : RM 22.00
Bab makan kat sini saya nak kongsikan tempat makanan sedap dan halal. Restoran Haji Ramly. try oder Ketam masak Thai cili. memang terbaik. sure x nyesal. berdekatan dengan Malibest resort pantai chenang
Hj Ramly Restoran
Ketam Thai Cili - RM18.00
ni pula Udang idaman saya. boleh dapatkan di Rasa Restoran berdekatan Restoran Hj Ramly. udang roster ni memang mahal sikit. tapi sangat kenyang dan puas hati. kalau nak makan udang yang masih hidup boleh dapatkan kat Bamboo Restoran sama ada di Pekan Kuah atau Pantai Chenang. besar udang ni.. nyumm nyumm..
Rasa Restoran
Udang Roster 100g - RM 18.00 siap masak
Udang Roster 100g - RM 18.00 siap masak
banyak lagi tempat menarik yang boleh anda lawati. nak murah dan ketahui tempat menarik. benti kat mana2 gerai. rajin2 sembang dengan orang kampung dapatkan info menarik tempat pelancongan di langkawi..
~Happy Holiday~